Home Berita PAS Selangor

Penduduk sedang berkuarantin dibantu – PAS Kawasan Tanjong Karang

48
SHARE

May be an image of 1 person, standing and outdoors

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 25 Ogos – YDP PAS Kawasan Tanjong Karang Ustaz Dr. Zamri Zainuldin bersama ahli cawangan Masjid Baroh di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan meluangkan sedikit masa menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat COVID-19.

Menurut laporan, bantuan berbentuk makanan asas harian tersebut telah disampaikan secara tidak bersemuka kerana penerima berada dalam kurantin akibat kontak rapat.

“Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini”.

“Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang”.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor