Home Berita PAS Selangor

Ziarah keluarga murid SRITI yang ditimpa musibah – PAS Kawasan Kuala Selangor

101
SHARE

PAS Kuala Selangor Ziarah Keluarga Murid SRITI Yang Ditimpa Musibah – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Norazman Abu Sahid

25 Ogos 2021 – YDP PAS Kawasan Kuala Selangor, Tn Hj Muhmmad Rashid Mohd Kassim @ Cikgu Rashid telah menziarahi seorang penduduk di Fasa 2 Puncak Alam, awal pagi ini yang mana rumah kediamannya ditimpa musibah dalam kebakaran yang berlaku pada Isnin lalu.

Dalam kejadian tersebut, bahagian dapur rumah mangsa hampir musnah dijilat api. Mujur cucu mangsa (pelajar SRITI Darul Amilin) yang pada ketika itu tinggal seorang diri dirumah sempat menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum api merebak ke keseluruhan rumah. Cucu mangsa juga sempat keluar dari rumah sebelum terperangkap didalam rumah.

May be an image of 1 person and standingKehadiran Cikgu Rashid ke Puncak Alam menziarahi mangsa ditemani Ketua Cawangan PAS Fasa 2, Hj Isa Lihar. Pada waktu yang sama Penghulu Mukim Jeram, Encik Mohd. Rizan bin Haron, Pengerusi SRITI Kuala Selangor, Ustaz Abdul Kadir Umar, Wakil Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor, En Akmal, Presiden Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Encik Nasharudin Salleh, Puan Hasnah, wakil Surau Al Furqan dan Pn Hjh Shamsiah wakil NGO i-Care Puncak Alam turut serta menziarahi mangsa selain menyampaikan sumbangan.

Cikgu Rashid meluangkan masa hampir satu jam bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian dan turut berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai dan Bakul Prihatin kepada mangsa.

May be an image of 1 person and standing

Sebelum pulang, Cikgu Rashid juga sempat menyampaikan kata-kata semangat dan berkongsi cerita tentang kerjaya mangsa yang merupakan seorang Guru Besar sebuah sekolah di Rawang yang mana beliau dikatakan akan bersara pada tahun hadapan.

“Semoga mangsa tabah dan diberikan kesabaran yang tinggi menempuhi dugaan ini”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor