Home Kenyataan Media PAS Selangor

Bersama mendukung hasrat YAB Perdana Menteri – Muafakat Nasional Negeri Selangor

79
SHARE

May be an image of 3 people, people sitting, headscarf and text

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
MUAFAKAT NASIONAL NEGERI SELANGOR

BERSAMA MENDUKUNG HASRAT YAB PERDANA MENTERI

TAN SRI NOH BIN OMAR
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
1. Muafakat Nasional Negeri Selangor mengalu-alukan ucapan dan hasrat yang disampaikan oleh Perdana Menteri ke 9 YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakub melalui perutusannya yang pertama kepada rakyat Malaysia selaku Perdana Menteri. Perutusannya cukup padat dan mencerminkan kepimpinan yang prihatin yang mahu melihat nasib dan kebajikan rakyat dan negara diangkat dan diperjuangkan dalam mengharungi ujian serta cabaran semasa terutama dalam suasana menghadapi pandemik
Covid-19 ini.

2. Bagi MN Selangor komitemen untuk menerus dan memperkasakan pelan mengahadapi Covid 19 dengan lebih komprehensif sebagaimana ditekankan Perdana Menteri sangat tepat dan disambut baik.

3. Seruan agar semua pihak mencungkil persamaan dan tidak menggali perbezaan sebagai sebuah keluarga Malaysia yang besar membuktikan betapa Perdana Menteri sangat yakin pentingnya penyatuan dan perpaduan rakyat dalam membina sebuah negara yang aman dan stabil.

4. Iltizam Perdana Menteri untuk memperkukuhkan asas ekonomi negara disamping mengembalikan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini disambut baik MN Selangor dengan harapan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dicapai satu ketika dahulu dapat dikembalikan.

5. Sebagaimana ditekankan Perdana Menteri, MN Selangor turut menggesa agar segala perebutan kuasa politik dileraikan demi usaha merawat dan memulihkan semula tanahair.

6. MN Selangor komited untuk menjayakan hasrat yang digariskan oleh Perdana Menteri itu dan menyeru seluruh rakyat khasnya di negeri Selangor agar terus memberi kerjasama dan menyokong usaha ikhlas dan baik pemimpin kita yang disayangi itu.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi Bersama Muafakat Nasional Negeri Selangor pada 22 Ogos 2021 bersamaan 13 Muharam 1443

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor