Home Berita PAS Selangor

PJ PAS Selangor Ziarah balu Allahyarham Halim Muda di Klang – PAS Kawasan Klang

110
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 22 Ogos – Pesuruhajaya PAS Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Yunus Khairi pada petang ini telah berkunjung ke rumah Puan Farah Juhaida, balu almarhum Halim Muda yang telah meninggal dunia pada 16 Ogos 2021 yang lalu kerana dijangkiti wabak Covid-19. Almarhum Halim Muda meninggal dunia ketika berusia 44 tahun dan mempunyai anak seramai 3 orang; 16 tahun, 9 tahun dan 4 tahun. Almarhum juga merupakan seorang yang aktif dalam jemaah PAS dan jawatan terakhir sebelum meninggal dunia ialah Penolong Setiausaha Penerangan PAS Selangor.

Turut hadir sama pada petang tadi, Yang Dipertua PAS Kawasan Klang Ustaz Khalid Nayan, Setiausaha PAS Kawasan Klang saudara Aslam Khanani, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Klang saudara Izam Awalludin, Bendahari Dewan Muslimat PAS Selangor Ustazah Liza dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Selangor Puan Ummi Mazni.

Ketika hadir di Telok Gong petang tadi, Pesuruhajaya PAS Selangor telah menyampaikan sumbangan yang berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai bagi meringankan beban Puan Farah Juhaida yang mana ketika ini berkhidmat di Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang. Tambah Dato’ Dr. Yunus Khairi lagi, “Kita akan sedaya upaya menjaga kebajikan keluarga ini kerana almarhum ketika hayatnya banyak memberi sumbang khidmat kepada PAS dan pemergian almarhum amat dirasai”.

Program ziarah pada petang semalam berakhir sekitar 5.00 petang

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor