Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KLANG, 22 Ogos – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) telah turun menziarahi balu kepada Allahyarham Abdul Halim Muda mantan Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baru BPPN Selangor yang telah dijemput Ilahi pada 16 Ogos yang lalu akibat virus COVID-19.
Menurut Muslimat PAS Selangor, ahli rombongan yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi bersama tim ziarah yang lain telah menziarahi rumah keluarga Allahyarham yang terletak di Telok Gong, Klang petang semalam.
Wakil AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Puan Hjh Norleza Namin selaku bendahari telah menyampaikan sumbangan daripada pihak Muslimat PAS Negeri Selangor kepada Puan Farah Juhaida sendiri.
“Bagi sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh salurkan terus kepada balu Allahyarham iaitu Puan Farah Juhaida Arifin atas nama akaun Maybank (155032280638).
“Semoga sumbangan yang diberikan wakil Muslimat PAS Negeri Selangor dan orang ramai dapatlah meringankan tanggungjawab untuk membesarkan 3 orang anaknya serta urusan kehidupan seterusnya”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor