Oleh: Abu Bakar
PARIT BUNTAR: Penantian penduduk PPMS, Bukit Merah akhirnya tamat hari ini apabila simbolik penyerahan geran hakmilik kepada wakil penduduk telah disempurnakan oleh ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Parit buntar tengah hari tadi.
Penyerahan tersebut merupakan program penyerahan geran seluruh daerah dalam negeri Perak yang dilangsungkan secara maya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.
Usaha mendapatkan geran untuk penduduk tersebut telah bermula semenjak 2013 lagi yang mana Razman pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat dan masih belum menjadi wakil Rakyat.
Setelah beliau berjaya memenangi kerusi DUN Gunung Semanggol dalam pru14 yang lalu usaha diteruskan dimana hasilnya kelulusan diberikan dan simbolik penyerahan notis 5A turut di lakukan pada awal Disember tahun lalu oleh mantan MB Perak Datuk Ahmad Faizal Azumu.
Alhamdulillah, kini penduduk hanya perlu menunaikan tanggungjawab dengan melunaskan bayaran premium tanah sebagai syarat akhir bagi pemilikan tersebut.
#terima_kasih_MB
#Semanggol_Sejahtera
#Rakyat_Terbela
#Prihatin_Rakyat
#terima_kasih_PDT_KERIANI