Home Berita PAS Perak

PAS Lumut santuni 40 keluarga baharu

199
SHARE

Oleh: ROSLINA NOR

LUMUT: PAS Kawasan Lumut telah beramah mesra serta menyampaikan kotak makanan kepada 40 orang saudara baharu di bawah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini baru-baru ini.

Majlis berlangsung di Balai Islam Dinding Daerah Manjung Kg. Koh yang merupakan salah satu bangunan diwakafkan oleh BaitulMal Manjung dengan mengekalkan dinding kayu yang menempatkan surau dan tadika.

Timbalan Pengerusi PERKIM Daerah Manjung, Muhamad Zainal Adnan berkata, Malaysia terdapat tiga buah tadika di bawah kendalian PERKIM dan uniknya di tadika ini terdapat beberapa orang pelajar non-muslim.

Tambahnya, pihak PERKIM Manjung masih menunggu peruntukan daripada pihak yang berkenaan untuk mendirikan bangunan baharu berhampiran bangunan tersebut untuk menjalankan aktiviti bermanfaat kepada saudara-saudara baharu.

Salah seorang penerima, Norfaizah Tan Abdullah ketika ditemui berkata, beliau menzahirkan kesyukuran kerana PERKIM sentiasa mengambil berat kebajikan beliau yang telah 16 tahun memeluk Islam.

Katanya, hal itu termasuk urusan perkahwinan beliau yang dihalang oleh keluarga ketika awal memeluk Islam, namun akhirnya direstui kelurga setelah dicorakkan nilai-nilai Islam yang ditunjukkan.

Yang DiPertua PAS kawasan Lumut, Rosli Abdul Rahman ketika menyampaikan bantuan itu menyatakan sokongannya sekaligus mendoakan agar usaha murni yang dilakukan PERKIM mendapat keberkatan.

Turut hadir, Ketua Dewan Muslimat Lumut, Rohawati Abidin; Ketua Penerangan Kawasan dan Pemuda; Ahmad Kamarulnizam Majid dan Aminuddin Ahmad; Aktivis PAS, Raai Yusof dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lumut.