PAS Kawasan Labuan mengucapkan tahniah dan takziah atas pelantikan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9. Selamat maju jaya dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi kepada rakyata Malaysia keseluruhannya.
Semoga kemelut krisis politik di negara ini akan stabil dan fokus kepada gerak kerja menangani krisis kesihatan iaitu isu pandemik COVID-19. Kurang percanggahan pandangan dan mencari titik persamaan bagi melancarkan gerak kerja dalam mengurangkan kes COVID-19 di Malaysia.
PAS Kawasan Labuan | 21 Ogos 2021