Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 20 Ogos – Mewakili Syabab Care Malaysia, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor menyatakan, kini para frontliners yang menguruskan jenazah COVID-19 di Raudatul Sakinah, keletihan dengan kes kematian yang semakin hari semakin meningkat.
“Mereka bertugas dengan pakaian full PPE yang sudah pasti amat tidak selesa”, katanya.
Syabab Care Malaysia telah turun bantu menghilangkan sedikit keletihan mereka dengan sedikit sumbangan “Burgers Special”. Sekalung penghargaan kepada ‘Daily Burger’ kerana sudi menjadi penyumbang membantu petugas di Raudatul Sakinah ini.
“Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-15 kami sampaikan sumbangan makanan di sini”, katanya.
“Bolehlah mereka makan minum selepas bertugas”, katanya.
Menurut laporan, tugasan para petugas di tanah perkuburan ini semakin berat apabila bilangan jenazah makin meningkat saban hari dengan purata jenazah pesakit COVID-19 yang dikebumikan di sini sebanyak 20 orang per hari dan kadang-kadang lebih.
Semoga Allah SWT akan membalas jasa para frontliners dengan kebaikan yang banyak dan balasan yang terbaik. Anda hero kami.
“Kebajikan Tanpa Sempadan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor