“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Yayasan Amal Negeri Selangor, Kota Raja Care dan Pertubuhan Belia Prihatin dibawah penyelarasan Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menyerahkan sumbangan 10 unit ‘Medical Cylinder Portable Trolley kepada Kapten Dr Amir Ikhwan, mewakili pihak Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Menurut Dr Amir, “jumlah pesakit ada penurunan mendadak di mana, kini hanya 70 pesakit tahap 3, 4 dan 5 yang masih dirawat di sini berbanding sebelum ini 170 pesakit dengan bilangan tertinggi yang pernah diterima di hospital ini”.
“Program (PICK) di Lembah Klang yang dilaksanakan hasil ikhtiar kerajaan, kini semakin menunjukan kesan yang baik buat negara dalam berhadapan krisis wabak COVID-19 ini”, kata Shehdi Hazrik Shamsudin, Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Selangor.
“Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjadi nadi uatama segala sumbangan ini dapat dilaksankan dan sekalung ucapan tahniah buat para frontliners negara dan seluruh rakyat Malaysia, semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua”, ujarnya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor