Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor
Inilah projek yang mencuri tumpuan media, sehinggakan ke mana-mana saudara Nadir pergi penduduk tempatan bersalaman mengucapkan tahniah.
Pertama kerana ia projek baik pulih bangunan pertama di Gaza selepas perang, bermakna Malaysia mendahului seluruh dunia dalam membaik pulih bangunan yang terkesan oleh serangan lalu, dan kedua kerana kosnya yang besar berjumlah 190 ribu dollar membuatkan ia mendapat liputan Al-Jazeera Mubasher, stesyen TV Aqsa, Shehab dan lain-lain.
Di waktu negara-negara lain ragu dan takut untuk membantu Gaza kerana ancaman dipinggirkan dan sekatan menyalurkan kewangan, kita membuktikan bahawa tidak ada yang dapat berdiri di depan semangat setiakawan antara dua buah negara yang hebat dan berdaulat ini.
Terima kasih kepada Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan yang menjadi penyumbang utama projek ini, selain rakyat Malaysia yang menyumbang melalui NGO-NGO di bawah Aid4Palestine.
Teruskan menyumbang, teruskan peduli dan teruskan bersatu, perjuangan kita masih panjang!
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor