Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Semoga dengan pelantikan ini dapat memberikan impak yang lebih positif terhadap pembangunan dan kestabilan negara dalam menangani krisis Covid-19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat.
Selamat berkhidmat YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Kami mendoakan agar YAB Dato’ Sri sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT dan sentiasa diberikan kekuatan untuk memimpin negara dengan sebaik-baiknya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor