Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 20 Ogos – Seorang guru dari PASTI Nurul Hidayah, Kota Raja, Pn Faudhzilah Abu Bakar telah menerima sumbangan berupa sebuah motosikal sumbangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kepada beliau.
Majlis penyerahan sumbangan dilakukan di PASTI Nurul Hidayah Jalan Kebun oleh Ustaz Muhammad Fadzli Abu Bakar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
Turut hadir bersama Ustaz Mohd Faizol Endut Pengarah PASTI Selangor, Hj Imran Satiman Ketua Pemuda PAS Kota Raja, Sdr Al-Hariz Adzhan Pengerusi PASTI Kawasan Kota Raja, Pengurus PASTI Nurul Hidayah dan guru-guru.
Menurut laporan, guru-guru PASTI Kota Raja yang terkesan kehidupan mereka akibat pandemik COVID-19 turut menerima sumbangan.
Penerima sumbangan terdiri daripada Pn Noranita binti Yusuf (PASTI Saidatina Aisyah), Pn Shuraya Abu Hasan (PASTI Genius Al Baihaqi), Pn Nora binti Abdul Ghani (PASTI Nurul Hidayah Jalan Kebun) dan Pn Norazila binti Md Yusop (PASTI As Syifa 2 Kg Jawa).
“Pasti Cemerlang, Islam Gemilang”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor