Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Sungai Besar mendekati golongan terjejas – PAS Kawasan Sungai Besar

90
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

Sungai Besar, 19 Ogos – Khidmat Malaysia Sungai Besar hari ini dan semalam meneruskan misi dengan menjejaki 13 buah keluarga untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk sekitar Pasir Panjang.

Alhamdulillah cuaca yang baik hari ini dan semalam petang melancarkan proses edaran sumbangan yang diberikan. Pasukan Khidmat Malaysia yang mendapat kerjasama dari NGO Warga Prihatin yang diketuai oleh En Azman Bin Sahudin turun menyampaikan sumbangan yang diterima daripada YB Muslimin.

Sumbangan ini tertumpu kepada mereka yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat kontak rapat dan warga emas yang memerlukan sumbangan barangan asas.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan memerlukan barangan makanan. Teruskan membantu mereka yang memerlukan dan salurkan maklumat kepada kami untuk kami bantu individu dan keluarga ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor