Home Berita PAS Wilayah

82 warga Seputeh terima Bakul Prihatin Negara

151
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTMAINNAH

BATU, 19 Ogos: PAS Kawasan Seputih semalam menyalurkan bantuan Bakul Prihatin Negara kepada 82 penduduk Seputeh.

Kesemua penerima berkenaan terdiri daripada golongan asnaf dan B40, kebanyakannya dari Taman Desa yang terkesan dengan COVID-19.

Sumbangan disampaikan Ketua Skuad Prihatin Seputeh, Ruslina Abd Jalil bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Seputeh, Nor Azmi Mohamed.

“Diharapkan agar bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban kehidupan rakyat yang terkesan dengan COVID-19,” ujar Roslina yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Seputeh.

Turut hadir memberi sumbangan ialah dua orang AJK Skuad Prihatin Taman Desa, Engku Zanarina Engku Ngah dan 8Eida Balkis.