Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
SHAH ALAM | Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas kesanggupan menggalas Jawatan Perdana Menteri disaat terumbang ambingnya politik tanah air.
Dikala pandemik bermula dan semakin mengganas saban hari, Tan Sri terus mara menghadapinya dengan sabar dan tenang. Sehingga saat ini menampakkan hasil dalam melawan pandemik COVID-19 ini.
Namun sudah menjadi ketentuan ilahi setiap yang diatas tidak akan selamanya di atas. Akibat kemelut baru yang dicipta beberapa orang rakan sendiri kini kita terpaksa akur dengan dengan rela hati.
Perkara ini memberi gambaran bahawa kita akur dan menghormati Rukun Negara yang menyebut sebagai “Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-undang”.
Semoga segala apa yang berlaku terzahir 1001 hikmah yang lebih besar bagi seluruh ummat Islam khususnya dan Rakyat Malaysia umumnya.
Terima Kasih Mantan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor