Home Rencana PAS Selangor

Pada tangan Tuankulah nasib dan masa depan kami – Setiausaha BPPN Selangor

107
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "STRAITSTIMES 1845 NEW ESTABLISHED PP413/09/2012 (030687) AUGUST 17, 2021 TUESDAY RM2.00 00 SHIS PREMIERSHIP RACE"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Tumpuan negara pada Istana Negara hari ni lapor Astro Awani sebentar nanti.

Dalam kekusutan politik tanahair Yang Dipertuan Agong lah pemutusnya, demikianlah hebatnya peranan Institusi Raja- raja Melayu dalam negara kita walau sebelum ini ada pihak yang mahu mengecil dan mengurangkan kuasanya.

Hari ini Tuanku telah memanggil mengadap ketua-ketua parti untuk Tuanku mengukur ikut hemat Tuanku parti atau kelompok manakah yang layak pada pandangan Tuanku untuk diangkat sebagai PM baru.

Segalanya terserah pada Baginda dan rakyat yakin Tuanku bijak memain peranan Baginda dan pasti bertindak sesaksama dan seadil-adilnya.

PAS, Bersatu, GPS , MCA, MIC dan parti-parti serta kelompok bebas yang bersama kerajaan PN dahulu dijangka mengangkat nama Naib Presiden Umno dan bekas TPM Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM.

PH pula dijangka membawa nama Anwar Ibrahim. Tidak pasti pula Warisan dan Pejuang.

Dalam kita beri tumpuan pada Tuanku satu perkara yang penting yang dijangka Tuanku juga akan ambil kira adalah kedudukan Umno. Walau Ketua parti yang dipanggil tetapi adakah ketuanya akan membawa suara kesemua 38 MP nya?

Bukan lagi rahsia bawa Ketua parti Umno tidak “command” kesemua MP nya lantas demi bertindak adil iaitu suatu prinsip penting yang dituntut Agama dan memang merupakan sifat dan amalan Raja-raja Melayu iaitu berlaku adil pada rakyatnya adalah sangat diharapkan agar Tuanku mengambil maklum suara majoriti MP UMNO yang diwakili Dato Sri Ismail Sabri.

Tuanku tidak boleh dituduh campur urusan mana-mana parti kerana yang mahu dilaksanakan adalah membawa keadilan dan membuat keputusan terbaik yang bakal mencorak dan menentukan masadepan agama, bangsa dan negara

Rakyat yakin Tuanku mampu mempamerkan “Royal Activism” Baginda kerana Tuanku adalah daripada susur galur keturunan Raja Melayu yang dekat pada hati rakyat.

Moga Tuanku dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan oleh Allah SWT dalam melaksanakan tugas penting ini.

Daulat Tuanku,

17 Ogos 2021 | 8 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor