Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang
Oleh : Umar Al-Hayawi
SEPANG, 15 Ogos – Kini mungkin anggota Jabatan Amal Kawasan, disetiap kawasan dalam negeri Selangor menjalankan tugas pengurusan jenazah COVID-19. Begitu juga dengan anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sepang yang gigih melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah tersebut.
YDP PAS Kawasan Sepang, Tuan Haji Ir Haslin Hasan telah menyampaikan sumbangan saguhati kepada para sukarelawan pengurusan jenazah COVID-19. Saguhati ini disampaikan kepada Saudara Hafiz yang mewakili team tersebut bagi menghargai kegigihan dan penat lelah mereka dalam menguruskan jenazah COVID-19 diperkuburan tersebut.
Semoga segala penat lelah dan setiap titisan peluh yang menitis hasil kerja amal tersebut dikira dan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT dan juga semoga Allah SWT memberi perlindungan serta kesihatan yang baik buat para petugas.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor