Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang
Oleh : Umar Al-Hayawi
TANJONG KARANG, 15 Ogos – PAS Kawasan Tanjong Karang bersama beberapa orang ahli PAS Cawangan Kampung Permatang telah meluangkan sedikit masa turun menyantuni dan mengagihkan bantuan kepada beberapa orang penduduk di Taman Bayu dan Kampung Baru Permatang.
Bantuan berbentuk barangan dapur yang diberikan tidaklah banyak namun diharapkan agar dapat sedikit sebanyak meringankan beban para penerima dalam meneruskan kehidupan dalam pandemik COVID-19.
Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat membawa semula senyuman yang pudar dikaburi masalah dan kesukaran hidup di musim pandemik yang masih belum berpenghujung ini.
Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang.
Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG
Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor