Home Rencana PAS Selangor

Jangan diizinkan Kota Melaka roboh lagi – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

219
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "KEKALKAN PENYATUAN UMMAH BERTERASKAN MELAYU-ISLAM Saya memohon jasa baik Ahli-ahli Parlimen terutama Ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam untuk terus menyokong kerajaan yang berteraskan kepimpinan Melayu dan Islam selaku kaum asal dan majoriti, agar penyatuan ummah ini dapat direalisasikan. PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATO' SERI DR. IBRAHIM SHAH ABU SHAH Pengerusi Yayasan Minda"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Kalau Roboh Kota Melaka, Papan di Jawa Kita Dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa hamba berikan.

Robohnya Kota Melaka adalah simbolik naik berkuasanya kuasa asing menjajah bumi bertuah ini. Tiada anak bangsa yang mahu namanya tercatat sebagai pembelot yang bersekongkol menaikkan kuasa durjana itu.

Papan di Jawa tidak mampu mencabar kekuatan kuasa penjajah walau semangat membara bagaimana sekalipun akhirnya berkurun lamanya tunggak kuasa terlepas ke tangan orang asing.

Dalam meniti arus perjuangan menuntut kemerdekaan negara Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy ada mengungkap:

Di Atas Robohan Kota Melaka, Kita Dirikan Jiwa Merdeka, Bersatu Padulah Segenap Baka, Membela Hak Keadilan Pusaka,

Umat Melayu Islam adalah penduduk majoriti dalam negara. Pada bahu merekalah sepatutnya nasib dan masadepan pusaka bangsa dan negara digalas bukannya di bahu sesiapa yang lain.

Semasa PKM melancarkan gerakan menawan Tanah Melayu dulu meteka sedar bahawa perjuangan yang rata-rata didokong puak minoriti tidak mendapat tempat dikalangan rakyat kebanyakkan. Chin Peng melancarkan Regimen ke 10 yang menghimpunkan orang-orang Melayu kiri untuk mengaburi mata umum bahawa orang Melayu juga bersama perjuangan komunis. Chin Peng gagal.

Disaat genting ini insaflah para pemimpin Melayu Islam. Way forward hanyalah melalui penyatuan ummah berteraskan Melayu Islam.

Kota Melaka tidak akan roboh lagi selagi kita bersama bijak menjulang dan menghargai kuasa politik yang ada di tangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor