Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA LANGAT, 15 Ogos – Khidmat Malaysia Kawasan Hulu Langat meneruskan lagi misi-misi dan gerak kerja kebajikan mereka dalam membela nasib mereka yang terjejas di masa pandemik COVID-19 ini.
Menurut mereka, hampir setiap hari mereka mendapat mesej dan permohonan bantuan daripada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan. “InsyaAllah bantuan memang akan diagihkan sesegera mungkin”, jelas Khidmat Malaysia Kuala Langat.
Semoga segala bantuan yang telah diserahkan dapat meringankan sedikit sebanyak masalah atau bebanan yang dipikul para penerima dalam meneruskan kehidupan di musim pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini.
Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat atau info mengenai mereka yang kesusahan dan memerlukan bantuan boleh hubungi Khidmat Malaysia Negeri Selangor Kawasan Kuala Langat ditalian : 019 275 8244 (Nizam).
Bagi yang ingin berkongsi rezeki bersama-sama mereka yang memerlukan boleh salurkan sumbangan anda ke :-
Bank : CIMB
Akaun : GENG AMAL
No. akaun : 8602940150
Reference : Bantuan COVID
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor