Home Rencana PAS Selangor

Cahaya dan kemelut kuasa – Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

123
SHARE

May be an image of indoor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Semalam rancak dikongsi di media sosial tentang penurunan penggunaan katil di ICU. Rata-rata petugas kesihatan menzahirkan rasa gembira dek kerana sudah kelihatan “cahaya dihujung terowong yang gelap”.

Perlu diakui kerajaan yang berperang dengan virus COVID-19 hari ini adalah kerajaan yang tiada pengalaman mengurus pandemik. Dan sepanjang sejarah pentadbiran negara sebelum ini, belum pernah ada kerajaan yang mempunyai pengalaman sedemikian. Bukan negara kita sahaja malah seluruh dunia amat terkesan.

Menyedihkan. Dalam kemelut pandemik, datang pula kemelut gila kuasa yang tidak berkesudahan. Kokok harian mereka yang tak lekang dari tekanan supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan sudah menjadi agenda utama.

Yang positifnya, pasukan kerajaan terus bekerja mengikut perancangan yang telah dipersetujui – memburu angka 80% capaian imuniti kelompok melalui program vaksinisasi kebangsaan. Dan pada ketika ini masih lagi giat berjalan. Dengan harapan ia segera berakhir.

Hari ini, usaha tersebut sudah mula menampakkan hasil. Sinar cahaya mula menjenguk. Statistik berkaitan keberkesanan vaksin jelas terpapar. Petugas kesihatan di ICU sudah boleh menarik nafas lega dek kerana kesesakan yang dihadapi sebelum ini mula berkurang.

Terkini, pengumuman pembukaan semula 11 sektor ekonomi yang berkuatkuasa pada 16 Ogos 2021 bagi negeri yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan Fasa 2 jelas membuktikan komitmen kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi setelah usaha vaksinasi mula menampakkan hasil.

Sepatutnya semua pemimpin di negara ini perlu fokus untuk melawan COVID-19, bukannya berlawan sesama sendiri merebut kuasa, yang akhirnya rakyat yang menjadi mangsa!

Setelah diberitakan sudah ada sinar cahaya, kenapa seolah beriya benar mereka mahukan kuasa? Apakah dengan menukar Perdana Menteri boleh mengubah angka kes dalam sekelip mata?

Mungkin juga ini namanya strategi “menangguk di air yang keruh”?
Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah dari agenda jahat yang tidak berkesudahan…

15 Ogos 2021 | 6 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor