Home Berita PAS Pahang

Kluster Lorong Baiduri merebak

165
SHARE

Oleh: SHAHRUL DIN

BANDAR PUSAT JENGKA, 14 Ogos :: Kluster Lorong Baiduri yang dilapor merekodkan 27 kes positif pada  16 Julai telah merebak ke Felda Jengka 25 lalu memaksa kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai kelmarin.

Kes pertama melibatkan penduduk tempatan yang bekerja di Bandar Tun Razak, Jengka sebelum merebak ke Felda Jengka 2, Felda Jengka 11 dan Kampung Baru Chenor.

Felda Jengka 25 yang dihuni 152 keluarga peneroka seluas 214 hektar melibatkan satu kematian mangsa positif Covid-19 terletak dalam daerah Temerloh.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka YB Ustaz Shahril Azman meninjau perkembangan PKPD di Felda tersebut dan menghulurkan sumbangan kepada frontliners yang bertugas di post kawalan masuk.

Turut bersama ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kerdau Saharudin Salleh dan Pengerusi Institut Tahfiz Turath Al-Banna Ustaz Aireroshairi Roslan.

“Kita doakan semoga pandemik Covid-19 ini cepat berlalu supaya dapat kita menikmati kehidupan seperti sediakala.” ujar Shahril Azman yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau.

#jengkasejahtera #dunjengka #KerajaanPrihatin #MalaysiaPrihatin