Home Berita PAS Selangor

Bantuan buat warga India di Kuala Selangor – PAS Kawasan Kuala Selangor

70
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA SELANGOR, 14 Ogos – YDP PAS Kawasan Kuala Selangor, Cikgu Rashid Kassim memaklumkan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada Manimaran seorang wakil daripada komuniti berbangsa India, yang tinggal di Tambak Jawa, Kuala Selangor.

Beliau memaklumkan terdapat beberapa penduduk di sekitar kawasan tersebut yang memerlukan bantuan disebabkan terjejas pendapatan kerana tidak dapat bekerja mencari nafkah di musim pandemik COVID-19 ini.

Cikgu Rashid mewakili PAS Kawasan Kuala Selangor telah turun menyantuni dan menyerahkan sumbangan Bakul Prihatin Perikatan Nasional untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan tersebut.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang sehingga kini masih belum berpenghujung dan juga semoga ia dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang mengharungi masa sukar pandemik ini tanpa sebarang pendapatan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor