Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
SUNGAI BULOH, 14 Ogos – Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh, seperti biasa menjalankan program bantuan ikan dan sayur segar secara bersasar diteruskan lagi seperti minggu-minggu sebelum ni. Mereka meneruskan usaha mereka membawa senyuman kepada para penerima di masa sukar bersama melawan pandemik COVID-19 ini.
Menurut mereka, hari ini hampir lebih 300 keluarga di kawasan Flat U3 Subang Perdana telah menerima ikan dan sayur segar hasil sumbangan orang ramai melalui anak-anak muda PAS Sungai Buloh. Kerjasama yang baik daripada PAS Cawangan U3 dan Penduduk setempat dapat membantu melancarkan program yang bermula jam 10:30 pagi dan tamat jam 12.30 tengahari.
Sekalung penghargaan buat para penyumbang, yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sumbangan kepada pihak Pemuda PAS Sungai Buloh untuk diuruskan. Lokasi sumbangan kali ini merupakan lokasi ke-5 untuk program serahan ikan & sayur segar yang diuruskan oleh Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh ini.
Semoga segala sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dipikul para penerima dan juga semoga ia dapat mengembalikan senyuman yang hilang dikaburi kesusahan serta kepayahan yang dihadapi di musim pandemik COVID-19 ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor