“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
AMPANG, 14 Ogos – Program AD4C Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) dalam menyampaikan kit bantuan makanan asas kini agak tergendala kerana beberapa anggot mereka telah didapati positif COVID-19 dan beberapa rakan yang lain telah dikuarantin.
“Bagi Ust Muallim Fadli, Sdr Mohamad Iyad Amir, Sdr Mirza, Sdr Zainodin semoga diberi kesembuhan dan ketabahan bersama keluarga masing-masing”.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Komandan JAMKA Tuan Haji Mohamad Fadzil, Capten Zainan, Nik Izme Afendy, Muhammad Imran dan Mustafa Ahmad (Pak Mus) yang telah banyak membantu ketika ramai anggota lain tidak berada dalam keadaan mengizinkan.
Misi bantuan mereka bermula dengan bantuan untuk, seorang ibu tunggal bersama ibu beliau mempunyai seorang anak kecil. Kedua mereka telah kehilangan berkerja dan kedua seorang suami yang baru mendapat kerja mempunyai bayi pra matang tinggal bersama ibu mertua dan abang ipar. Kedua keluarga ini menyewa di Flat Mulia Jaya dan telah menerima 1 kit bantuan makanan dan bantuan susu serta pampers.
Seterusnya, tiga buah keluarga dan dua darinya adalah warga Indonesia yang telah kehilangan pendapatan dan kerja. Ketiga-tiga keluarga ini menyewa di Flat Pandan Indah menerima 1 kit bantuan makanan dan bantuan pampers untuk anak kecil mereka.
Bantuan diteruskan untuk sebuah keluarga termasuk seorang ibu, suami dan isteri bersama anak-anak yang menyewa di Kampung Tasek Permai. Sebuah keluarga yang mempunyai anak yang ramai menyewa di Flat Taman Nirwana dan sebuah keluarga bersama anak kecil yang menyewa di Flat Taman Lembah Maju. Kesemua mereka telah terjejas pendapatan akibat pendamik ini menerima kit bantuan makanan dan bantuan pampers dan susu.
Satu rumah yang didiami oleh beberapa adik beradik dan anak saudara yang mana hanya seorang abang sahaja yang masih berkerja dan menyara seluruh keluarga. Menyewa di Flat Taman Mulia Jaya menerima 1 kit bantuan makanan.
Keluarga terakhir adalah sepasang suami isteri yang telah kehilangan kerja dan pendapatan. Menyara kehidupan dengan saki baki simpanan yang tinggal. Mereka telah menerima kit bantuan makanan dan bantuan susu dan pampers.
Semoga segala bantuan yang telah disampaikan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung para penerima dalam meneruskan kehidupan di musim pandemik COVID-19 ini yang masih belum berpenghujung dan juga semoga Allah SWT memberi kesembuhan buat para petugas agar dapat meneruskan misi kebajikan mereka membantu golongan yang memerlukan.
Bagi yang ingin membantu boleh berbuat demikianke akaun berikut :-
No Akaun: 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES
Bank: CIMB ISLAMIC BANK
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor