Home Berita PAS Selangor

‘Oxygen Concentrator’ 5 unit disumbangkan kepada Hospital Ampang – PAS Kawasan Kapar

162
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 13 Ogos – Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, Pimpinan Khidmat Malaysia Selangor (KMNS) bersama PAPISMA, Syabab Care dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Ampang telah menyerahkan sumbangan 5 unit ‘Oxygen Concentrator’, air mineral dan air kotak kepada pihak Hospital Ampang.

Misi bantuan ini diketuai oleh Pengerusi KMNS, Ustaz Noor Najhan bin Mohamad Salleh. Turut hadir bersama saudara Fadzli Timbalan Pengerusi KMNS, Tuan Shehdi Hazrik Pengarah Operasi KMNS, Tuan Rushdan Rusmi Pegawai Kewangan KMNS, Dr Aiinun wakil PAPISMA, saudara Azwan wakil Syabab Care dan Tuan Haji Ibrahim ALP Hospital Ampang.

Bagi pihak hospital telah diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah Hospital, Dr Kasuadi bin Hussin bagi menerima sumbangan ini. Beliau rasa teruja dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Beliau turut berkongsi maklumat tentang operasi hospital dalam tempoh COVID-19 ini. Harapan beliau agar kerjasama ini dapat berterusan terutama dalam tempoh COVID-19 ini.

Semoga usaha ini dapat membawa manfaat kepada pihak pengurusan Hospital Shah Alam dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahanan kepada para frontliners negara untuk terus memikul amanah negara dalam membawa kemenangan melawan pandemik COVID-19.

Terima kasih kepada semua,
Andalah Wira Kami,

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor