DYMM Tuanku Sultan Selangor Menekankan Perpaduan Ummah Islam Sempena Maal Hijrah 1443H – Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Pesuruhjaya PAS Selangor
Menjunjung kasih DYMM tuanku sultan selangor diatas titah agar orang melayu islam memperbaharui azam dan tekad sempena awal muharam tahun 1443H ini.
Saranan agar mencontohi sifat2 terpuji baginda rasulullah saw dan membuang sifat tercela dan negetif demi perpaduan sesama ummah dan kecemerlangan generasi akan datang adalah sesuatu kebijaksanaan tuanku memikirkan soal generasi akan datang.
Sudah tentu menjadi tanggungjawab semua pemimpin diperingkat manapun sehingga ketua keluarga harus mengambil tindakan pelaksanaan titah DYMM tuanku agar kecemerlangan ummah melayu islam dapat diperkukuhkan lagi.
Dizaman media sosial tanpa sempadan ini teguran tuanku agar menghentikan fitnah dan penyebaran berita palsu adalah sejajar dengan tuntutan Islam sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang artinya :
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”.
(Surah Al-Isra` : 36)
13 Ogos 2021 | 4 Muharram 1443H
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor