Home Berita PAS Selangor

KM Klang belanja sarapan di PSC Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Klang

49
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 11 Ogos – Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal hari ini menyantuni para petugas di Pusat Saringan Covid-19 Pelabuhan Klang.

Menurut Pengerusi KASEH saudara Izam Awalludin, 100 pek sarapan pagi ringkas ini disediakan untuk para petugas di sini pada hari ini. Inn shaa Allah dalam masa terdekat nanti kami akan ke sini lagi untuk membawa makanan yang lebih pelbagai dari apa yang kami bawa pada hari ini.

Terima kasih juga kepada Jabatan Amal Klang yang turut membantu memudahkan urusan pada hari ini. Program telah selesai sekitar jam 10.30 pagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor