Home Berita PAS Selangor

Sambutan Maal Hijrah tanpa Skuad Pengurusan Jenazah – PAS Kawasan Kota Raja

154
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

SHAH ALAM, 10 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR mengambil cuti satu hari daripada projek penghantaran makanan ke Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Hospital Shah Alam, dimana sebelum ini mereka konsisten tanpa henti menghantar makanan buat para petugas disana.

Dihari semua umat Islam diseluruh dunia menyambut Maal Hijrah ataupun tahun baru, Skuad Pengurusan Jenazah tidak bercuti walaupun jatuh pada tarikh penting tersebut. KRCAMALSELANGOR pada kali ini hanya menghantar makanan khas untuk para petugas di Jabatan Pengurusan Jenazah, yang juga merupakan kali ke-3 mereka ke sana.

Dengan kekuatan 10 orang anggota, dimana 8 darinya melaksanakan pengurusan jenazah untuk mayat COVID-19 dan 2 orang lagi menguruskan jenazah biasa. Menurut laporan, mereka beroperasi 2 syif. Pasukan ini berkhidmat sejak 2016 namun kini terpaksa melipat gandakan perkhidmatan mereka sejajar dengan peningkatan kes kematian COVID-19 yang semakin tidak dijangka.

“PPE beli sendiri, makan sediakan sendiri, tiada gaji, duit minyak duit sendiri”, kata salah seorang wakil sukarelawan KRCAMALSELANGOR. Difahamkan bahawa, pihak pengurus jenazah sebagai panel yang dilantik Hospital Shah Alam telah mengenakan sedikit bayaran kepada waris jenazah yang bertujuan untuk memastikan pengurusan berjalan lancar.

“Apakah semua dapat membayar? Ibu Hafizah menjawab, ada yang mampu dan ramai juga yang tidak mampu. Ada yang tidak membayar langsung namun pengurusan jenazah tetap dilakukan sebaik yang mungkin tanpa bertangguh”, berikut merupakan dialog sukarelawan KRCAMALSELANGOR dengan salah seorang petugas pengurusan jenazah di Hospital Shah Alam.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal dengan segala usaha dan pengorbanan mereka ini dan juga semoga Allah SWT memberi ketabahan dan perlindungan untuk mereka dalam meneruskan tanggungjawab serta tugas mereka kepada negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor