Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 9 Ogos – Sebanyak 60 pek makanan tengahari (siap dimasak) telah disediakan untuk petugas di barisan hadapan dan petugas vaksin di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang.
Inisiatif ini telah diaturkan oleh saudara Azziq Azman yang merupakan salah seorang Panel Penasihat KK Bukit Kuda dan kerjasama ahli-ahli PAS Cawangan Bukit Kuda. Makanan tersebut telah diserahkan kepada Dr.Fatihah wakil daripada Klinik Kesihatan Bukit Kuda.
Menurut Ketua Cawangan PAS Bukit Kuda, Ustaz Solehuddin Mohamad Jahar, “saya mewakili ahli-ahli PAS di sini merasa gembira kerana dapat membantu mereka walaupun dengan hanya memberi makanan, kami berharap ke semua petugas ini bertabah dalam melaksanakan tugas dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini”.
Untuk rekod, PAS Cawangan Bukit Kuda merupakan antara cawangan terbaru yang telah didaftarkan di dalam PAS Kawasan Klang.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor