“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor
KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Khidmat Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama VCEE19 dibawah program Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA hadir petang tadi menyampaikan sumbangan 9 unit Medical portable Cylinders Trolley kepada Hospital Medan Covid-19 kendalian Angkatan Tentera Malaysia di Hospital ATM Tuanku Mizan.
Sumbangan tersebut adalah tajaan bersama Badan Bukan Kerajaan dibawah KMNS iaitu Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK) dan Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni (KASEH).
Pihak hospital medan memaklumkan bahawa mereka perlukan lagi 10 unit alat tersebut untuk memudahkan mereka membawa tong oksigen 47ltr yang besar keluar dan masuk wad bagi merawat 150 pesakit Covid-19 di Hospital Medan ini.
Kami difahamkan oleh Dr Azlan bahawa pesakit di Hospital medan ini akan ditambah lagi 40 pesakit selepas ini melalui pengarah Grater Klang Valley (GKV) Special Task Force.
Sumbangan boleh disampaikan melalui akaun akaun Bank Islam, Akaun No 1201-0010035-43-4 atas nama Unit Amal Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor