Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443H kepada seluruh umat Islam
Menyingkap sirah Rasulullah SAW, Maal Hijrah mempunyai ibrah berkaitan kesatuan umat Islam terdahulu.
Sifat saling bantu-membantu serta bersatu padu antara kaum Ansar dan Muhajirin semasa peristiwa Hijrah telah menatijahkan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat Madinah bahkan golongan bukan Islam juga turut merasai nikmat hidup dalam keamanan.
Justeru, marilah kita terus berdoa kepada Allah SWT agar umat Islam hari ini teguh bersatu-padu agar seluruh lapisan masyarakat dapat dinaugi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Amin.
#ManhajRabbaniUmmahBerkualiti
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN