𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛, 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑖𝑗𝑟𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑖ℎ𝑎𝑑 𝑑𝑖 𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ. 𝐷𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑃𝑒𝑛𝑦𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔. – (𝑆𝑢𝑟𝑎ℎ 𝐴𝑙-𝐵𝑎𝑞𝑎𝑟𝑎ℎ: 218)”
Tanggal 1 Muharam setiap tahun pastinya akan disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam menandakan bahawa kita masih diberikan tambahan pinjaman umur oleh Allah SWT untuk terus melaksanakan amal soleh. Bagi tahun 1443H ini, sudah tentunya seluruh ummah mengharapkan ia adalah tahun yang lebih baik khususnya di dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Pandemik Covid19 yang melanda dunia dan Malaysia ketika ini amat memerlukan ummah berkualiti yang mampu berganding bahu memastikan kesejahteraan hidup seluruh umat manusia dapat ditingkatkan. Ujian dan cabaran berupa ketakutan serta kesedihan akibat wabak selain kegawatan ekonomi harus dilihat sebagai platform terbaik untuk bersiap sedia memperbaiki kualiti diri dengan berhijrah kepada kehidupan berlandaskan manhaj Rabbani.
Di sinilah bermula peranan besar umat manusia khususnya di kalangan orang-orang yang beriman. Berjuang dengan meletakkan manhaj yang berpandukan ilmu, iman dan amal kepada Allah sebagai pilihan utama untuk keluar daripada sengsara pandemik serta keresahan yang melanda kehidupan.
PAS Kawasan Putrajaya menyeru agar seluruh ummah mengambil iktibar atas segala ujian yang melanda kehidupan kita pada tahun lalu, dan segera untuk berhijrah kepada teras hidup berlandaskan syariat pada tahun-tahun mendatang. Ada pun hijrah dan jihad mengikut manhaj Rabbani ini sudah pastinya akan melahirkan ummah berkualiti yang bakal memenangi peperangan menentang ujian, fitnah dan mehnah seterusnya membentuk seluruh generasi yang sentiasa diredhai oleh Allah.
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇
𝐌𝐀𝐍𝐇𝐀𝐉 𝐑𝐀𝐁𝐁𝐀𝐍𝐈, 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈
𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐑𝐎𝐒𝐇𝐈𝐃𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁
𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀
𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀