Home Rencana PAS Selangor

Warkah salam tahun baru buat semua umat Islam – YDP PAS Kawasan Sungai Besar

64
SHARE

May be an image of 6 people, headscarf and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Mohd Fadzin Bin Taslimin
YDP PAS Kawasan Sungai Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Allah SWT berfirman :

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أُوْلَٰٓئِكَ يَرۡجُونَ رَحۡمَتَ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al- Baqarah : ayat 218)

Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”.

Sesungguhnya detik penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah detik penting yang perlu kita ambil iktibar serta memperbaharui semangat dan roh perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah SAW.
Peristiwa hijrah telah membawa umat Islam ke satu titik perubahan drastik yang unggul. Peristiwa ini mengubah mereka daripada keadaan perpecahan di kalangan bangsa Arab kepada kesatuan setiap umat Islam di bawah akidah Islam yang benar.
Daripada umat yang secara sembunyi- sembunyi menjalankan perintah Allah, kepada umat yang mempunyai negaranya yang tersendiri yang mampu untuk melaksanakan syariat Allah. Ini adalah kesan besar hijrah Rasulullah SAW. Perkara inilah yang menuntut kita untuk melihatnya sebagai bukan sekadar sejarah dan kenangan, tetapi sebagai pembaharuan tekad dan azam dalam mengikuti perjuangan Rasulullah SAW.

Hari ini negara kita dan seluruh dunia diuji dengan pandemik COVID-19 yang mengorbankan jutaan nyawa. Dalam Islam, manusia akan sentiasa diuji oleh Allah SWT dan hanya mereka yang beriman serta bersabar akan berjaya mengharunginya, bahkan akan dilimpahi pelbagai nikmat dan kelebihan di sebalik ujian itu.
Dalam usaha kita bagi menghadapi suasana pandemik COVID-19 ini, sama-sama kita tingkatkan tahap penjagaan SOP sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga dengan usaha kita bersama dapat membendung penularan wabak berbahaya ini.

Sebagai umat Islam juga, kita perlu meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah SWT. Pandemik COVID-19 ini sedang mendidik umat Islam untuk sentiasa bersedia pada tahap kesabaran paling optimum dan perlu banyak melakukan pengorbanan dalam norma kehidupan baharu ini. Firman Allah Taala dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.

Hijrah juga bermaksud menzahirkan perubahan daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang mungkar dan buruk kepada melakukan perbuatan yang makruf dan baik. Hijrah yang dituntut dalam diri kita pada hari ini adalah dengan dengan membuang segala sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

Selamat menyambut Tahun Baru 1443 Hijriyah kepada seluruh umat Islam.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 Muharram 1443H | 10 Ogos 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor