Home Rencana PAS Selangor

Perutusan Maal Hijrah 1443H DMPN Selangor – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

153
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Syukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kita sekali lagi bertemu dengan tahun baru Islam, 1 Muharram 1443H pada hari ini.

Bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti” pada tahun ini merupakan pemilihan tema yang sesuai dengan suasana semasa dalam keadaan negara berhadapan dengan pandemik Covid-19. Mendidik ummah Rabbani yang berusaha dan bertawakkal dalam memerangi musuh tersembunyi ini.

Semoga dengan tibanya tahun baru Hijrah ini dapat membawa perubahan dan setiap diri kita untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan serta sinar yang terus bergemerlapan untuk para pejuang agama Islam.

Jadikan perubahan permulaan tahun baru kalendar Islam ini untuk kita sama-sama menguatkan aqidah dan pegangan dalam mendepani dunia yang semakin mencabar. Pacakkan semangat mendokong agama Islam ke puncak tertinggi . Hayati kisah yang berlaku dalam sirah nabawiyyah kaum Ansar dan Muhajirin yang memberi pengertian besar kepada peristiwa hijrah dalam agama Islam.

Saya mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut tahun baru Islam hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Sama-sama kita berdoa semoga tahun baru Islam ini dapat menjadikan kita insan Rabbani yang saling menguatkan terutamanya ketika menghadapi wabak Covid-19. Salam Maal Hijrah 1443H.

Siiru’ Ala Barakatillah,

“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”

1 Muharam 1443H | 10 Ogos 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor