Home Berita PAS Wilayah

15 Penduduk Kampung Padang Balang terima bantuan YB Kak Nuri

218
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU,10 OGOS : Seramai 15 orang penduduk Kampung Padang Balang yang terdiri daripada golongan B40 menerima bantuan makanan dalam Program Jejak Prihatin, semalam.

Mereka yang menerima bantuan ini terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Objektif program adalah untuk menyantuni penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sumbangan telah disampaikan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh (YB Kak Nuri) dalam satu program ringkas di Kampung Padang Balang, semalam.

Haji Shahidan berkata “Terima kasih kepada YB Kak Nuri, PAS Wangsa Maju dan NGO yang prihatin dalam membantu penduduk yang terkesan dalam keadaan pandemik Covid 19 ketika ini.

Sementara itu, penerima sumbangan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada YB Kak Nuri , PAS Kawasan Wangsa Maju dan Muslim Care Malaysia di atas keprihatinan dalam memberikan sumbangan bakul makanan berupa keperluan harian dan keperluan perubatan kepada penduduk kampung khususnya pada waktu sukar pandemik COVID-19 ini.

Turut hadir YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Anuar, Ketua PAS Cawangan KG Padang Balang, Haji Shahidan dan wakil Muslim Care Malaysia.