Home Berita PAS Selangor

Menyantuni mangsa COVID-19 – PAS Kawasan Gombak

54
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 8 Ogos – “Semoga ziarah antunna membawa rahmat kapada kami sekeluarga, dan seterusnya akan membawa keluar musibah dan kesedihan kami nanti..”, kata kata yang diucapkan melalui tingkap separa tutup.

Lajnah Kebajikan PAS Gombak menerusi MaarufCare, berhujung minggu dengan program ziarah, menyantui dan menyerahkan sumbangan kewangan sebagai pengubat duka, mangsa-mangsa COVID-19 sekitar Gombak. Walaupun mereka berziarah secara bersemuka, tetapi SOP tetap dijaga, demi keselamatan diri dan masyarakat sekeliling.

Menurut laporan, seramai 16 buah keluarga yang telah diziarahi, ada yang baru tamat tempoh kuarantin dan ada yang masih dalam proses pemulihan pasca COVID-19. Para penerima manzahirkan rasa sangat bersyukur dan berterima kasih atas kedatangan Team Sukarelawan MaarufCARE termasuk Hj Ramli, sdr Azizul, Kak Mas dan Mak Jah.

Jutaan kalam penghargaan diucapkan kepada para penyumbang oleh MaarufCare, “atas sifat ihsan kalian, kami dapat menabur khidmat kepada masyarakat yang sangat-sangat memerlukan perhatian dimusim pandemik ini”, ujar salah seorang sukarelawan MaarufCare.

Semoga segala sumbangan yang telah diserahkan dapat memberi manfaat kepada keluarg-keluarga ini dan juga semoga ia dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan mengharungi fenomena pandemik COVID-19.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-

Akaun : MaaruCARE
No. akaun : 1222 5010 0134 88
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor