Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang
Oleh : Umar Al-Hayawi
TANJONG KARANG, 8 Ogos – Berkorban apa saja walau dengan nyawa demi mencari rezeki untuk keluarga. Itulah yang berlaku kepada tiga orang nelayan yang tinggal di Kampung Sungai Yu dimana bot yang mereka naiki ketika sedang turun ke laut untuk menangkap ikan, dibadai ribut dan merosakkan beberapa bahagian bot yang digunakan. Alhamdulillah, ketiga-tiga nelayan tersebut dikhabarkan selamat pulang kedarat.
PAS Kawasan Tanjong Karang bersama-sama NGO Duhafa Sejahtera dan Jom Bantu telah menyampaikan sedikit bantuan kepada tiga orang nelayan ini dengan harapan agar mereka dapat turun semua ke laut untuk terus mencari rezeki. Bantuan dihulurkan sendiri oleh YDP PAS Tanjong Karang, Ustaz Dr. Zamri Zainuldin kepada tiga orang nelayan ini di jeti Kampung Sungai Yu dan juga dapat beramah mesra bersama nelayan-nelayan yang lain.
Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.
Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang berada dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh memaklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang. Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG
Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor