Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam
Oleh : Umar Al-Hayawi
SABAK BERNAM, 6 Ogos – PAS Kawasan Sabak Bernam menerukan lagi gerak kerja kebajikan mereka selari dengan tujuan Program ‘Bakul Prihatin’ Perikatan Nasional ditubuhkan.
Timbalan YDP PAS Kawasan Sabak Bernam. Tuan Hj Zamri Yahya telah turun menyantuni dan menyampaikan ‘Bakul Makanan Prihatin’ kepada 10 orang penerima di Kampung Banting.
Semoga sumbangan ini dapat mengembalikan senyuman para penerima yang hilang dikaburi masalah dan kesukaran di masa sukar pandemik COVID-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor