Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
SHAH ALAM, 6 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja menerusi NGO KRCAMALSELANGOR, sudah memasuki hari ke-6 penghantaran sumbangan berbentuk sarapan pagi dan makan tengahari untuk para frontliners di Hospital Shah Alam.
Menurut laporan, tambahan 100 pek makanan siap masak DapurAmal untuk makan malam, turut dihantar untuk para petugas disana. Antara yang sempat disantuni KRCAMALSELANGOR adalah para petugas di Pusat Pengambilan Vaksin, Bahagian Pengurusan Jenazah dan juga Jabatan Forensik Hospital Shah Alam.
Menurut wakil KRCAMALSELANGOR, demi negara tercinta Malaysia, Kota Raja Care bersama Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor (KRCAMALSELANGOR) akan kekal bersemangat untuk bersama kerajaan dalam merealisasikan harapan negara agar Program Imunisasi Kebangsaan berjalan lancar.
Dalam kesempatan tersebut, KRCAMALSELANGOR turut menziarahi ibu Hafizah dan Pasukan Pengurusan Jenazah di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam dan menyampaikan sedikit buah tangan.
Semoga sumbangan serta santunan baik mereka dapat membakar semangat para frontliners disana dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam memikul amanah negara dalam membawa keamanan kepada negara melawan pandemik COVID-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor