Home Berita PAS Terengganu

Kerja baiki paip utama berjalan tanpa henti

146
SHARE

KUALA TERENGGANU, 5 Ogos – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memaklumkan kerja-kerja penyediaan Pipe Support, i-beam dan Clamp sedang giat dijalankan tanpa henti sejak 24 jam lalu bagi memulihkan kerosakan paip utama di dasar Sungai Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated (TI) Sdn Bhd, Dr Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun, berkata penyediaan barang-barang pembaikian itu mengambil masa kerana perlu dibuat mengikut spesifikasi khas dan dipasang secara berhati-hati.

Katanya, berdasarkan anggaran masa yang dimaklumkan oleh pihak jurutera dan kontraktor, kerja-kerja menyiapkan barang-barang pembaikian ini akan dapat disiapkan menjelang jam 3 pagi esok.

“Apabila siap pemasangan, bahan-bahan tersebut dihantar ke tapak paip rosak di Sungai Terengganu bagi tujuan pembaikian dan pemasangan di bawah sungai,” katanya dalam satu kenyataan dalam facebook SATU.

Jelasnya, kesemua pihak yang terlibat sehingga hari ketiga itu telah berkerja keras bagi mempercepatkan proses pembaikian ini.

“Semoga usaha tanpa mengenal penat ini berjaya dan masalah bekalan air diatasi secepat mungkin.

“Pihak kami memohon kesabaran semua pihak dan mendoakan sahabat kita dilapangan dipermudahkan urusan serta diberi kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.