Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 5 Ogos – Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada hari ini telah pergi ke Jalan Jati, Pandamaran menyampaikan sumbangan kepada 12 keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Sungguhpun mereka ini bukan warganegara sebaliknya warganegara Indonesia. Namun atas dasar simpati dan keperihatinan sesama insan, program hari ini yang diketuai oleh Ustaz Khalid Nayan selaku Penyelaras Khidmat Malaysia Klang menyampai sumbangan yang terdiri daripada barangan keperluan harian.
Menurut Ustaz Khalid lagi, “saya berterima kasih kepada NGO-NGO yang turut membantu mempermudahkan kerja-kerja kebajikan ini. Di samping kita membantu orang-orang kita, atas dasar kemanusiaan kita kena juga lihat mereka yang bukan warganegara yang mana turut terkesan dan saya berharap dengan sedikit pemberian yang kita beri pada hari ini dapat meringankan beban yang mereka tanggung.InshaAllah”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor