Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KOTA RAJA, 6 Ogos – PAS Kawasan Kota Raja meneruskan lagi gerak kerja kebajikan mereka dalam usaha memberi bantuan dan membela nasib mereka yang memerlukan.
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”. (Hadis Riwayat Muslim)
Terima kasih diucapkan kepada PAS Cawangan Taman Setia Klang yang mengatur program ziarah perihatin pada pagi ini di kampung Sri Nadi Johan Setia.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada YDP PAS Kota Raja Tuan Haji Mohamed Diah bin Baharun bersama Task Force Team Pusat Khidmat PAS Kota Raja yang telah hadir meraikan para penerima.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor