Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut Hari Pahlawan 2021.
Peristiwa ini adalah bagi mengenang peranan dan jasa-jasa anggota pasukan keselamatan, khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menegakkan keselamatan dan keamanan serta mempertahankan maruah Negara dari ancaman dalam dan luar.
Marilah kita sentiasa menghargai perit getir perjuangan generasi terdahulu yang telah memberi kesejahteraan buat generasi sekarang.
Selamat Hari Pahlawan buat semua pejuang dan perwira Negara. Jasa dan baktimu semua sentiasa dikenang!