“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah YBhg. Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Opir atas pelantikan sebagai Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sahibus Samahah Prof. Dr. Miszairi Bin Sitiris atas pelantikan sebagai Timbalan Mufti Selangor.
Semoga dengan pelantikan ini dapat memberikan impak yang lebih positif terhadap hal ehwal Islam di dalam negeri Selangor khususnya dan mengambil manfaat daripada ilmu Sahibus Samahah.
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor turut mendoakan agar YBhg. Dato’ Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Prof. Dr. Miszairi Bin Sitiris kedua-duanya terus diberi kekuatan untuk menjalankan amanah yang telah diberi dengan sebaik-baiknya. Siiru ala barakatillah.
30 Julai 2021 | 20 Zulhijjah 1442H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor