Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat mengurniakan Watikah Pelantikan Sahibus Samahah, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Timbalan Mufti Selangor yang baharu di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir kini secara rasminya dilantik sebagai Mufti Selangor. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor sejak tahun 2016.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Sahibus Samahah, Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir sebagai Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor