Home Berita PAS Selangor

DHPP Kota Raja teruskan usaha membantu rakyat – Ketua DHPP Kota Raja

173
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Rajan Manikesavan
Ketua DHPP Kota Raja

KOTA RAJA, 29 Julai – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja terus menggerakkan tirai di Pangsapuri Perdana Villa, Kampung Jawa, Klang bersama rakyat di sini dan kami senantiasa istiqamah menyantuni, menangani dan membantu aspek kebajikan terhadap rakyat yang dalam kesusahan.

Ketua DHPP Kota Raja, Cikgu Rajan Manikesavan turun padang petang tadi bersama Tuan Mohd Najib Bin Arshad (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Raja) mewakili YDP, Ustaz Mohd Yusuf Abdullah ( Pengerusi Lajnah Dakwah & Hubungan NGO PAS Kawasan Kota Raja) @ KRCAMALSELANGOR dan Puan Chandra Ketua Wanita DHPP Kota Raja, AJK DHPP, AJK Pangsapuri serta pimpinan setempat.

Menurut Cikgu Rajan, mereka menyampaikan 5 bakul makanan kepada keluarga yang terkesan akibat COVID-19, kemudian sumbangan kepada 3 buah keluarga yang dikuarantin akibat mempunyai kotak rapat dengan pesakit Covid-19. Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa 120 pek makanan dan minuman petang diedar sekitar Pangsapuri Perdana Villa.

PAS Kawasan Kota Raja bersama DHPP Kawasan meneruskan lagi usaha mereka dalam misi membela nasib rakyat yang amat terjejas akibat penularan wabak Covid -19 di Lembah Klang. DHPP senantiasa aktif dan konsisten dalam menghulurkan bantuan bagi individu yang terjejas mahupun yang dikuarantin di kediamannya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor