Home Berita PAS Terengganu

Terengganu capai 40 Peratus Kadar vaksinasi akhir ogos

113
SHARE

Oleh:Zulfahmi Abd Halim
KUALA TERENGGANU, 28 Julai
– Terengganu optimis mampu mencapai kadar vaksinasi sebanyak 40 peratus menjelang akhir Ogos nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, kadar itu diperlukan untuk Terengganu beralih ke fasa ketiga dan mengurangkan penularan COVID-19.

“Kita menjangkakan bahawa kita mampu menyuntik sekitar 12,000 hingga 14,000 sehari.

“Rekod suntikan kita yang paling tinggi adalah sebanyak 14,220 sehari pada 24 Julai lalu, ini adalah pencapaian tertinggi kita setakat ini.

“Biasanya hanya sekitar 10,000 hingga 14,000 sahaja sehari mengikut kemampuan tenaga yang kita ada,” ujarnya ketika bersiaran dalam segmen ‘Berita Awok Kite’ di Tv Darul Iman semalam.

Jelanya, kerja keras semua pihak terutamanya petugas barisan hadapan akan menjayakan sasaran terbabit.

“Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ‘frontliners’ kita kerana bekerja ‘hold out’, hari raya haji juga bekerja, hari cuti juga bekerja, tiada cuti hujung minggu, hanya untuk mempercepatkan pemberian vaksin ini.

“Berdasarkan jumlah suntikan harian semasa, jika kita mampu menyuntik sehari sebanyak 14,000 orang, kita mampu memberikan suntikan sebanyak 98,000 orang seminggu.

“Apabila dicampur dengan jumlah penerima dos pertama semasa, kita menjangkakan pada awal ogos seramai 382,563 orang akan menerimanya, ini bermaksud kita telah mencapai 47 peratus penerima dos pertama.

“Kita juga berharap pengujung bulan Ogos atau awal bulan September kita dapat beralih ke fasa ketiga,” jelasnya.