“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor
Rayuan Kecemasan ini bukan menunjukan atau berniat menggambarkan “Kerajaan Gagal”. Tetapi sebaliknya pihak kami sendiri dari Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Yayasan Amal Selangor dan PAPISMA Selangor mengambil inisiatif kami sendiri untuk membantu Hospital-hospital di Selangor.
Kami dimaklumkan bahawa Hospital sangat memerlukan peralatan-peralatan ini dengan segera kerana wad ICU berhadapan pertambahan pesakit covid tahap 4 dan 5 yang mana hampir semua hospital kerajaan di Selangor memerlukannya.
Sudah banyak sumbangan daripada rakyat melalui pihak NGO telah kami sumbangkan kepada Hospital-hospital seluruh Selangor termasuk PPE, laptop, oxygen concentrator, katil hospital, malah bantal selimut juga kami sumbangkan tanda keprihatinan rakyat membantu Frontliner Negara, bukan sebab Kerajaan Gagal.
Inilah ruang kami semua rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan menyatakan sokongan kami kepada Petugas Barisan Hadapan Negara, juga sebagai nilai tambah amalan kami di dunia buat bekalan di akhirat nanti.
Pihak kami sangat dukacita apabila sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengunakan poster kami ini untuk menggambarkan “kerajaan gagal” sedangkan niat kami semua adalah ikhlas untuk membantu rakyat dan Negara ini.
Kami mohon usah dipolitikkan lagi usaha kami ini, cukuplah apa yang sudah berlaku semua ini, hanya kerana mahu berpolimik habis hubungan sesama manusia kita diketepikan.
Sumbangan masih dibuka untuk 5 hari ini, Insya Allah kita bantu semampu kita.
28 Julai 2021 | 18 Zulhijjah 1442
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor